- Home
- Destination
- View
History
- Biji benih jati dari Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad, Myanmar, Langkawi dan Sabah telah disemai dan ditanam di sini.
- Hasilnya, stesen ini mempunyai koleksi jati dari pelbagai varisasi, kacukan dari baka-baka terbaik dunia.
Description
Stesyen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer terletak di kompartmen 23 Hutan Simpan Mata Ayer, Perlis. Stesen ini pada asalnya di bawah pengawasan Cawangan Hutan Ladang, Institusi Penyelidikan Perhutanan (FRI), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Pada 15 Ogos 1953, petak percubaan penanaman jati yang pertama berkeluasan 2 ekar telah ditubuhkan di Lembah Sungai Chuchoh yang terletak dalam Kompartment 17 dan 23 Hutan Simpan Mata Ayer. Ia menggunakan bahan tanaman anak tunggul sebanyak 408 batang yang dibawa dari Pulau Langkawi. Pada awal tahun 1974, Stesen Kecil Penyelidikan telah ditubuhkan dengan tujuan melaksanakan program membaik biak benih Pinus caribaea. Keluasan petak tanaman spesies tersebut adalah seluas 16.2 ha. Seterusnya, pada tahun 1979, aktiviti penyelidikan berkenaan spesies jati diberi tumpuan semula sehingga stesen ini dikenali sebagai Kebun Jati oleh penduduk tempatan. Biji benih jati dari Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad, Myanmar, Langkawi dan Sabah telah disemai dan ditanam di sini. Hasilnya, stesen ini mempunyai koleksi jati dari pelbagai variety, kacukan dari baka-baka terbaik dunia. Selepas Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) diperbadanankan pada 1 Oktober 1985, stesen ini dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Luar (FRIM) dan menjadi semakin aktif melaksanakan penyelidikan bagi memajukan perladangan jati di negara ini.
Penginapan maksimum 23 orang, Bilik Seminar maksimum 100 org, Bilik Mesyuarat maksimum 20 orang
Facility
- Bus Parking
- Car Parking
- Toilet
- Campground
- Masjid / Surau
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews