- Home
- Destination
- View
History
Kangar Art Street terletak di tengah Bandar Kangar.
Ia diterjemahkan melalui lukisan mural pada dinding bangunan di tengah bandar. Ia menjadi tarikan kepada orang awam dan juga pelancong yang datang ke Negeri Perlis.
Mural ini dilukis dengan menonjolkan tarikan dan menjadi identiti Negeri Perlis. Kangar Art Street merupakan laluan kenderaan di lorong belakang bangunan dan menjadi tempat letak kenderaan.
Mural ini dilukis oleh pelajar-pelajar pendidikan seni visual Sekolah Menengah dari seluruh negara menerusi program “Kangar Street Art” sempena Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan 2016 pada 9 Oktober 2016.
Description
Kangar Art Street ini merupakan satu agenda yang dibawa untuk mengangkat kesenian dikalangan generasi muda di Negeri Perlis.
Antara lukisan yang mendapat perhatian pengunjung di kawasan ini adalah bertajuk Nat Pokok Getah, Tak Jadi Duit, Ladang Tebu Chuping, Awang Batil, Warisan Terluka, Suara Alam (Bukit Ayer) dan Cendol Padang Pauh.
Facility
- Bus Parking
- Car Parking
- OKU
- Toilet
- Masjid / Surau
- Convenience store
- Souvenir shop
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews