- Home
- Destination
- View
History
- Trail Pintu Wang Gunung terletak di kawasan Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis yang bersambung ke Banjaran Nakawan dan bersempadanan dengan Negara Thailand.
Description
Pintu Wang Gunung terletak berhampiran sempadan Thailand, ia terkenal di kalangan pendaki batu kerana keunikan dan cabarannya merupakan satu tempat hiking yang menjadi salah satu tarikan bagi para pendaki di utara tanah air ini. Seperti kebanyakan bukit-bukit lain di Perlis, Pintu Wang Gunung juga merupakan bukit yang terbentuk dari batuan kapur yang berada di atas Banjaran Nakawan yang menganjur dari Thailand. Batu-batu tajam ini dinamakan Formasi Setul yang berusia lebih 500 juta tahun. Pintu Wang Gunung menjadi penanda sempadan antara Malaysia-Thailand setelah Perjanjian Bangkok 1909 dulu. Puncak Pintu Wang Gunung bukanlah merupakan puncak tertinggi bagi Banjaran Nakawan di bahagian Perlis ini, namun hanya titik tertinggi yang dapat kita lalui yang menjadi sempadan atau pintu bagi Malaysia-Thailand.
Tinggi puncak Pintu Wang Gunung ini ialah 499.1m dari paras laut. Kebanyakan batu-batu yang menjadikan Pintu Wang Gunung dikaitkan dengan pembentukan Machinchang, Setul, Kubang Pasu dan Chuping. Terdapat beberapa kawasan berpotensi yang dipromosikan sebagai tapak Geo Heritage dan tapak Pelancongan Geo. Tapak Geo Heritage dan Geo Tourism akan mewujudkan nilai tambah sambil mewujudkan kesedaran di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk memelihara kawasan tersebut.
Facility
- Car Parking
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews