Taman Rekreasi Pengkalan Asam (Denai Larian)

Jalan Dato Wan Ahmad, Kampung Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis

History

  1. Denai Larian Pengkalan Asam terletak di Kampung Pengkalan Asam, Kangar, Perlis bersebelahan dengan Sungai Perlis. 
  2. Denai Larian ini sering digunakan oleh penduduk tempatan dan orang awam untuk aktiviti rekreasi seperti berjoging, bersenam, bersiar-siar, refleksologi dan lain-lain


Description

Denai Larian Sungai Perlis sejauh 6 km ini merupakan denai larian yang sering digunakan oleh orang awam untuk aktiviti rekreasi seperti berjoging, bersenam, bersiar-siar, refleksologi dan lain-lain. Kawasan rekreasi ini terletak di Jalan Pengkalan Asam dan berada di kawasan Sungai Perlis. Denai ini diselenggarakan oleh JPS Negeri Perlis. Kawasan rekreasi ini turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengunjung seperti trek joging, titi gantung, tempat refleksologi, taman permainan kanak-kanak, wakaf, 'outdoor gym', surau, tandas awam dan sebagainya. Terdapat 3 unit chalet (1 unit banglo & 2 unit berkembar) dengan harga berpatutan. Terdapat juga ruang pentas/ persembahan yang mana pada hujung minggu, aktiviti seperti senaman aerobik dan sukaneka diadakan bagi memberi ruang kepada para pengunjung untuk beriadah bersama keluarga.


Facility

  • Bus Parking
  • Car Parking
  • OKU
  • Toilet
  • Masjid / Surau
  • Convenience store

Schedule


Reviews

Leave a review
Reviews