- Home
- Destination
- View
History
- Taman Anggur Perlis terletak di Kampung Lembah Tuwi, Kangar, Perlis.
- Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menyelia dan menguruskan taman ini sepenuh masa.
Description
Taman yang berlatar belakangkan Banjaran Nakawan ini terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang berdekatan dengan Ladang Mangga Harum Manis. Taman ini sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar atau untuk dikunjungi bersama ahli keluarga. Taman ini juga menarik dengan landskapnya terdapat tasik-tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil serta tumbuhan seperti palma di atasnya. Suasana ini mampu memberi ketenangan kepada pengunjungnya.
Pengunjung akan diberikan penerangan oleh pegawai bertugas mengenai kaedah penanaman anggur, penjagaan, jenis-jenis anggur yang ditanam sehingga proses penuaian hasil dilaksanakan. Terdapat dataran untuk anda bersama ahli-ahli keluarga berehat sambil melihat pokok-pokok anggur tumbuh, memanjat lalu menjalar di sekitar kawasan bumbung dan pepara yang disediakan dengan buah-buah anggur berjuntaian dengan banyak lagi ranum. Taman Anggur kini adalah pemangkin kepada sektor pelancongan Negeri Perlis di mana Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah diberi tanggung jawab oleh kerajaan negeri untuk menyelia dan menguruskan taman ini
Facility
- Car Parking
- Toilet
- Masjid / Surau
- Convenience store
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews